Wednesday, September 22, 2010

Pawagam Halal

Pawagam Halal

Sebuah akbar tempatan ada melaporkan memang sudah lama terdapat elemen-elemen ajaran Islam dalam filem-filem Melayu. Ini termasuklah filem-filem lama yang mengandungi unsur-unsur pengajaran yang dituntut oleh agama. Penonton sekali gus diajak untuk mempunyai kesedaran ke arah pengajaran yang terdapat dalam filem tersebut. Tengok, rasai dan hayati. Mudah.



Pengkritik filem tempatan berpendapat, gabungan dan kerjasama antara negara-negara pengeluar filem yang berunsur islam patut bersatu disamping menerbitkan filem. Aspek pemasaran filem dikalangan mereka akan mudah dijalankan.

"Sudah sampai masanya kita (negara-negara Islam) bersatu mewujudkan sebuah badan khas yang boleh digunakan untuk kepentingan industri filem masing-masing pada masa depan.

"Contohnya dengan bekerjasama menerbitkan filem Islam, menayangkan di negara masing-masing dan mengedarkannya sehinggalah di peringkat antarabangsa," ujarnya pengkritik berkenaan.

Masih terdapat filem-filem Melayu yang cuba mempopularkan budaya Barat sehingga tidak memberi manfaat kepada penonton.

"Saya juga mencadangkan agar diadakan suatu rangkaian pawagam halal yang boleh menyokong usaha ini. Apalah guna ada filem Islam tetapi tidak ada tempat yang sesuai untuk ditayangkan?

"Perkara seperti itu boleh difikirkan kerana ia ada kaitannya dengan jenama halal yang banyak diaplikasikan dalam pelbagai produk seperti makanan dan minuman," katanya.

Tahun-tahun kebelakangan dulu, memang terdapat filem-filem berbentuk Arab sering ditayangkan di bulan puasa. Tapi itu di kaca televisyen. Di pawagam atau panggung wayang belum lagi.

Siapa tahu suatu hari nanti akan ada  pawagam halal di negara ini khusus menayangkan filem yang bersesuaian dengan naluri fitrah manusia.

(Mayaffiliate : Masa tayangan mungkin tidak menganggu waktu solat wajib)

2 comments: