Thursday, September 23, 2010

Mesin Pengesan Halal - HaFYS

Satu alat untuk mengesan kehadiran unsur babi atau khinzir, pig deoxyribonucleic acid (DNA) detector dalam makanan telah dicipta, HaFYS (Halal Verification System).

Sebuah institusi penyelidikan produk halal tempatan bertaraf universiti, telah mencipta alat tersebut. Setakat ini pihak Jakim telah pun mula menggunakannya. Canggih ,hebat, pantas dan berkesan. Manakala keputusan ujian dapat diketahui dalam masa 60 minit berbanding ujian makmal sebelum ini yang memakan masa lebih 48 jam. Cara penggunaanya semudah 1, 2 dan 3.




“Sesiapa saja boleh menggunakannya dan itulah matlamat ini supaya orang ramai sentiasa peka dengan produk halal atau haram dan satu daripadanya adalah melalui ujian saintifik makmal menggunakan produk HaFYS,” kata seorang pegawai berkenaan.

Mesin ini juga tambah beliau boleh mengesan sebarang kehadiran DNA itu pada produk pakaian atau barangan kosmetik.

“Dalam aspek sains, produk halal merujuk kepada kualiti yang baik (toyyibat) bermaksud produk itu selamat, bersih, berkhasiat, tidak memberi kemudaratan serta sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan benda yang baik.“Dalam erti kata lain, konsep ‘halalan toyyiba’ seperti yang terkandung dalam Al Quran menepati makna sebenar produk halal.

"Menjadi tanggungjawab kami membantu umat Islam mengenal pasti produk halal atau haram dan menjadi tanggungjawab masyarakat menyedari hak mereka,” tambah beliau lagi.

(Mayaffiliate : Mungkin kalau dapat dibeli oleh orang awam secara Pembiayaan Mudarabah)

No comments:

Post a Comment