Thursday, September 23, 2010

Mesin Pengesan Halal - HaFYS

Satu alat untuk mengesan kehadiran unsur babi atau khinzir, pig deoxyribonucleic acid (DNA) detector dalam makanan telah dicipta, HaFYS (Halal Verification System).

Sebuah institusi penyelidikan produk halal tempatan bertaraf universiti, telah mencipta alat tersebut. Setakat ini pihak Jakim telah pun mula menggunakannya. Canggih ,hebat, pantas dan berkesan. Manakala keputusan ujian dapat diketahui dalam masa 60 minit berbanding ujian makmal sebelum ini yang memakan masa lebih 48 jam. Cara penggunaanya semudah 1, 2 dan 3.




“Sesiapa saja boleh menggunakannya dan itulah matlamat ini supaya orang ramai sentiasa peka dengan produk halal atau haram dan satu daripadanya adalah melalui ujian saintifik makmal menggunakan produk HaFYS,” kata seorang pegawai berkenaan.

Mesin ini juga tambah beliau boleh mengesan sebarang kehadiran DNA itu pada produk pakaian atau barangan kosmetik.

“Dalam aspek sains, produk halal merujuk kepada kualiti yang baik (toyyibat) bermaksud produk itu selamat, bersih, berkhasiat, tidak memberi kemudaratan serta sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan benda yang baik.“Dalam erti kata lain, konsep ‘halalan toyyiba’ seperti yang terkandung dalam Al Quran menepati makna sebenar produk halal.

"Menjadi tanggungjawab kami membantu umat Islam mengenal pasti produk halal atau haram dan menjadi tanggungjawab masyarakat menyedari hak mereka,” tambah beliau lagi.

(Mayaffiliate : Mungkin kalau dapat dibeli oleh orang awam secara Pembiayaan Mudarabah)

Moon Cake Halal

Sebuah media tempatan melaporkan hari ini, pihak Jakim telah mengeluarkan sijil halal kepada 12 pembuat Kek Bulan atau 'Moon Cake'. Ini diperolehi setelah melalui pelbagai syarat yang ketat oleh Jakim.



Sijil-sijil halal yang diperolehi oleh pembuat Kek Bulan tersebut ialah Halal Certification Procedure, the Halal Malaysian Standard MS1500:2009 Halal Food-Production, Preparation, Handling and Storage/General Guidelines, the Food Act 1983 and the Food Regulation 1985.

"Jadi, jika Kek Bulan sudah ada sijil halal, orang Islam boleh beli dan makan" kata jurucakap Jakim tersebut.

Namun orang Islam tidak digalakkan untuk mengambil bahagian dalam Festival Kek Bulan, tambah beliau lagi.

Syarikat-syarikat tersebut adalah :
1) HYT Food Industries Sdn. Bhd.
2) Leong Yin Pastry Sdn. Bhd.
3) Sakura Food Manufacturing (M) Sdn. Bhd.
4) TT Food Manufacturing Sdn. Bhd.
5) The Baker's Cottage Sdn. Bhd.
6) LB (Lian Bee) Confectionery Sdn. Bhd.
7) KLT Food Industries Sdn. Bhd.
8) King's Confectionery Sdn. Bhd
9) Tanjung Omega Sdn. Bhd.
10) Tuan Sanawi Tuan Ngah Sdn. Bhd
11) Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd
12) Bake Station Sdn. Bhd.

(Mayaffiliate : Alamat TUAN SANAWI TUAN NGAH SDN. BHD.
Lot 12254C, MTK 187, Batu 7 1/2, Jalan Tangkak,84400 Sungai Mati, Muar, Johor.)

Wednesday, September 22, 2010

Pawagam Halal

Pawagam Halal

Sebuah akbar tempatan ada melaporkan memang sudah lama terdapat elemen-elemen ajaran Islam dalam filem-filem Melayu. Ini termasuklah filem-filem lama yang mengandungi unsur-unsur pengajaran yang dituntut oleh agama. Penonton sekali gus diajak untuk mempunyai kesedaran ke arah pengajaran yang terdapat dalam filem tersebut. Tengok, rasai dan hayati. Mudah.



Pengkritik filem tempatan berpendapat, gabungan dan kerjasama antara negara-negara pengeluar filem yang berunsur islam patut bersatu disamping menerbitkan filem. Aspek pemasaran filem dikalangan mereka akan mudah dijalankan.

"Sudah sampai masanya kita (negara-negara Islam) bersatu mewujudkan sebuah badan khas yang boleh digunakan untuk kepentingan industri filem masing-masing pada masa depan.

"Contohnya dengan bekerjasama menerbitkan filem Islam, menayangkan di negara masing-masing dan mengedarkannya sehinggalah di peringkat antarabangsa," ujarnya pengkritik berkenaan.

Masih terdapat filem-filem Melayu yang cuba mempopularkan budaya Barat sehingga tidak memberi manfaat kepada penonton.

"Saya juga mencadangkan agar diadakan suatu rangkaian pawagam halal yang boleh menyokong usaha ini. Apalah guna ada filem Islam tetapi tidak ada tempat yang sesuai untuk ditayangkan?

"Perkara seperti itu boleh difikirkan kerana ia ada kaitannya dengan jenama halal yang banyak diaplikasikan dalam pelbagai produk seperti makanan dan minuman," katanya.

Tahun-tahun kebelakangan dulu, memang terdapat filem-filem berbentuk Arab sering ditayangkan di bulan puasa. Tapi itu di kaca televisyen. Di pawagam atau panggung wayang belum lagi.

Siapa tahu suatu hari nanti akan ada  pawagam halal di negara ini khusus menayangkan filem yang bersesuaian dengan naluri fitrah manusia.

(Mayaffiliate : Masa tayangan mungkin tidak menganggu waktu solat wajib)

Tuesday, September 21, 2010

Logo Halal JAKIM Malaysia

Takrifan - Logo Halal JAKIM, Logo Halal JAIN/MAIN

Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai:

Logo Halal
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:

Logo Halal JAKIM:
a) Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) Perkataan Arab – “ÍáÂá” di tengah bintang;
c) Diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ãÇáíÒíÇ   dalam perkataan Arab;
e) Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.





Logo halal JAIN/MAIN:
a)Di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi   negeri:
i.  huruf “H” yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
‘H’ bermaksud Halal            
‘10’ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor

Isu Halal Kopitiam 1

Komentar : Isu Halal Kopitiam 1

Baru-baru ini di dalam surat khabar disebut terdapat kedai kopi yang tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana statusnya meragukan. Yang dimaksudkan disini ialah kedai kopi yang menggunakan nama 'kopitiam'.



Kalau di kampung-kampung dulu tahun 70an, kedai-kedai kopi banyak diusahakan oleh taukeh-taukeh cina. Tapi boleh dikatakan semua orang tidak kira bangsa masuk minum dan bersembang di 'kedai kopi'. Kadang-kala 'melekat' dari pagi sampai petang dek secawan kopi. Ada yang sanggup berjalan kaki dari hujung kampung semata-mata kerana hendak minum secawan kopi. Kedai kopi itu pula bukan ada jual lain-lain barang keperluan lain. Hanya kalau ada pun roti bakar.

Tapi semenjak zaman Milenium ini, kedai-kedai kopi telah berubah fesyen. Yang di kampung masih dengan 'stail' lama. Tapi yang dimaksudkan di sini adalah kedai kopi moden. Zaman moden. Zaman serba serbi hendak cepat. Jadi, kedai-kedai kopi di kawasan bandar telah berminat menggunakan nama kopitiam. Pendek kata nama kedai kopi yang biasa didengar sudah bertukar nama dengan kopitiam.

Sekarang ini ada berpuluh-puluh kopitiam atau mungkin beratus berselerak dengan nama dan servis yang menarik untuk memikat pelanggan. Tapi yang menariknya, setiap kopitiam itu ada minuman kopi yang menjadi daya tarikan bagi pelanggan baru. Semua menu yang ada di situ disenaraikan beserta dengan harganya sekali. Order saja kata orang sekarang.

Tapi isu yang menjadi tanda tanya orang ramai ialah status halal bagi masakan yang dihidangkan. Sudah tentu nama kedai untuk sesebuah kopitiam mula-mula menjadi taruhan. Kalaulah namanya semacam sahaja, sudah tentu banyak persoalan bermain dikepala bagi orang yang mementingkan soal halal haram. Pendek kata orang ramai sudah mula mempertikaikan serba serbi bermula dari nama kopitiam, tuan punya, pekerja, cara masakan dan bahan yang digunakan untuk memasak.


Tapi dengan adanya logo-logo halal dari badan berkuasa yang mengiktiraf kopitiam tersebut, sekurang-kurangnya masalah was-was dalam hati untuk mencuba masakan di kopitiam tidak timbul. Apa yang susah sangat hendak minum di mana-mana kopitiam, cari saja yang kopitiam yang ada logo halal atau yang bernama tempatan.

(Mayaffiliate : Yang Halal tetap Halal, Yang Haram tetap Haram.)

Mayaniaga Halal World

Welcome to Mayaniaga Halal World.
You can also visit at http://www.mayaniaga.com